Panduan pelanggan

Panduan & Polisi Cetakan

Semak fail sebelum dihantar

Pastikan nama, ejaan, susunan halaman, saiz dan bilangan salinan betul. PDF disyorkan untuk membantu mengekalkan susun atur. Maklumkan jika fail memerlukan editing atau design sebelum dicetak.

Pengesahan tempahan

Kami akan sahkan harga, spesifikasi dan anggaran masa siap melalui WhatsApp sebelum printing dimulakan. Bayaran sebelum cetakan digalakkan; aturan lain boleh dibincangkan. Cash, QR dan online banking diterima.

Warna dan hasil cetakan

Warna pada kertas mungkin berbeza sedikit daripada skrin kerana tetapan paparan, jenis kertas dan proses cetakan. Bagi tempahan yang memerlukan padanan warna tertentu, bincangkan sampel dahulu.

Kesilapan, reprint dan refund

Jika terdapat masalah, hubungi kami dengan nombor tempahan atau perbualan WhatsApp serta gambar hasil cetakan. Kami akan semak isu dan bincangkan penyelesaian, termasuk kemungkinan reprint atau refund mengikut keadaan. Semak semula fail sebelum mengesahkan cetakan bagi mengelakkan kos cetakan semula akibat perubahan kandungan.

Privasi dokumen

Dokumen pelanggan dirahsiakan. Fail kerja yang kami gunakan dipadam selepas printing selesai. Jangan hantar dokumen sensitif yang tidak diperlukan untuk tempahan. Penggunaan WhatsApp, Google Maps dan Facebook juga tertakluk kepada tetapan serta polisi platform masing-masing.

Pickup dan penghantaran

Pickup dan drive-through digalakkan. WhatsApp sebelum datang, terutamanya waktu malam. Delivery sekitar Kubang Kerian, runner dan postage boleh dibincangkan; caj serta masa akan disahkan sebelum tempahan diteruskan.